STMI2

Halaman Utama | Aktiviti Sekolah | Sejarah Sekolah | Visi & Misi | Pencapaian UPSR | Program ICT | Links | Hubungi Kami | Album Sekolah

Sejarah Sekolah

 

Sekolah ini dibuka pada 1Januari 1949 dengan nama  Goverment English School Pontian,  hasil usaha penduduk yang berpengaruh seperti Dato'Abd.Rahman bin Musa,Tuan Haji Ismail bin Ali bertempat di bangunan Markas Ibu  Pejabat Johore Military Force (JMF) kurniaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor ketika itu.Pentadbir pertamanya ialah Encik V.Krishnan.

    Pada tahun 1957,sekolah ini telah dibahagikan menjadi dua iaitu Sekolah Jenis Umum        Sultan Ibrahim dan Goverment English School Pontian.Pada tahun 1961,Sekolah Jenis Umum Sultan Ibrahim ini telah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar bersempena dengan nama sultan Johor yang memerintah pada masa itu.

    Pada tahun 1965,bilangan murid sekolah ini telah mencapai kepasati 1,432 orang.Dalam bilangan murid yang terlalu ramai ini telah merumitkan lagi pengurusan pentadbiran sekolah ini.Bagi mengatasi masalah ini,akhirnya pada tahun 1996 sekolah ini telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu SRK.Tengku Mahmood Iskandar (1) dan (2).Namun ia masih menggunakan bangunan yang sama,iaitu sesi pagi dan petang ini dibuat sevara bergilir-gilir pada setiap tahun.

    Bagi mewujudkan sekolah rendah satu sesi sepenuhnya pada tahun 1994 pihak Kementerian Pendidikan telah membina bangunan baru yang terdiri daripada 2 blok bangunan setinggi empat tingkat di atas tapak tanah sekolah yang sedia ada bagi menempatkan murid-murid SK Tengku Mahmood Iskandar 2.Pada 1 Ogos 1995,sekolah ini mula menggunakan bangunannya sendiri.Bermula dari tarikh ini terasinglah SK.Tengku Mahmood Iskandar 2 dari SK.Tengku Mahmood Iskandar 1.  

    Pada 4 April 1996,sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato Sri Mohd . Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang merupakan Menteri Pendidikan akhirnya telah mengambil kawasan lapang di hadapan kawasan sekolah ini tidak mempunyai kawasan padang,Kementerian Pendidikan akhirnya telah mengambil kawasan lapang di hadapan kawasan sekolah untuk dijadikan kawasan sekolah dan tanah ini menjadi hak sekolah ini bermula dari 3 Januari 2000.

 

stmi2 * jln.abas * 82000 * pontian * johor

webmaster :
HAIDIR ABDULLAH